~kita kawan kan?~

Friday, February 12, 2010

bangsawan..kami berjaya!!

salam..

bangsawan sudahpun berlalu. walaupun letih+stress+ penat, tapi sebenarnya bangsawan adalah satu medium where we can get to know each other deeper..plus, hubungan antara seniors and juniors akan menjadi lagi rapat.

sama macam saya..

masa saya jadi junior, saya yang terima arahan dari abang senior. masa tu saya under props department. saya rasa saya berhak cakap yang saya ni rajin, sebab saya tak pernah ponteng dari buat kerja..

dan sekarang, saya sudah jadi senior. yang paling best skali( xsure best ke x..), saya jadi head of props! waa.. amat besar sekali tugas saya ini.. saya dibantu oleh IQBAL ARAMI ,selaku partner bersama. satu je impian saya dari tahun lepas. saya mahu dapatkan best props n backdrops awards! ni janji yang telah saya cakapkan dekat eirzreen@head of props 09 last year..

Alhamdulillah..berkat daripada usaha warga diamond bersama, akhirnya HOUSE OF DIAMOND berjaya merangkul anugerah the best props n backdrops awards bangsawan 10!

selepas hampir sebulan masa diperuntukkan di NB khas untuk props, akhirnya saya mampu tersenyum puas. segala penat lelah, tinggikan suara serta ada member dari house lain yang dihalau oleh saya,, semua itu berbaloi..

saya xkisah orang nak cakap saya emo ke.. yang penting, saya berjaya buktikan yang saya boleh menjadi ketua! wahai warga diamond sekalian, saya sayang anda semua!!

P/S: congratzs to arif and assakir, best choreography bangsawan10.. korang memang rock!!

1 comment:

kHaiRuLdiN said...

jgn lupa duit pos perlu dibayar yer..